5. Jangan Lakukan Senaman Tanpa Anda
“warm up”
Kebanyakan pakar Arthritis percaya
bahawa senaman adalah amat penting. Lakukan aktiviti senaman hari-hari atau
sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Walaubagaimanapun adalah penting untuk
tidak melakukan senama ketika otot belum
aktif. Lakukan aktiviti “warm up” sebelum bersena untuk melonggarkan
sendi-sendi dan ligament, dan tendon di sekelilingnya.
6. Senaman Dengan Impak Rendah Pada
Sendi
Apakah jenis senaman yang baik? Untuk
melindungi sendi, pilihan senaman yang baik adalah pilihan senaman dengan kesan
rendah pada sendi seperti berjalan, berbasikal dan berenang. Ini kerana senaman
dengan impak tinggi boleh meningkatkan risiko kecederaan sendi dan secara
perlahan merosakkan tulang rawan anda. Latihan angkat berat yang ringan boleh
juga diambil sebagai senaman inpak rendah. Jika ada memang mempunyai masalah
arthritis, eloklah berbincang dengan doktor anda dan dapatkan nasihat.
7. Kuatkan Otot-otot Di sekeliling
Sendi Anda.
Otot yang kuat di sekeliling sendi anda
bermakna kurang tekanan pada sendi tersebut. Penyelidik menunjukkan bahawa
memiliki otot peha yang lemah akan memberi risiko osteoarthritis pada lutut.
Peningkatan kekuatan, walaupun sedikit pada otot akan dapat mengurangkan risiko
tersebut. Elak pergerakan yang kerap dan kasar pada sendi yang terjejas.
8. Gerakkan Sendi Kesemua Arah
Gerakkan sendi-sendi anda kesemua arah
yang boleh untuk mengelakkan ketegangan dan mengekalkan flaksibiliti. Pergerakan
adalah mengikut pergerakan normal sendi. Jika anda mempunyai arthritis, doktor
atau pakar fisioterapi anda akan mengajar gerakan-gerakan harian yang anda
patut dilakukan.
9. Mengukuhkan Teras.
Bagaimana punggung yang kuat membantu
melindungi sendi? Bahagian punggung dan otot-otot bahagian belakang membantu
dengan menseimbangkan badan. Jika anda lebih stabil maka kuranglah risiko untuk
sendi anda rosak seperti akibat terjatuh atau kecederaan lain. Oleh itu beri
perhatian pada anggota teras anda (punggung, bahagian belakang dan pinggang)
pada senaman rutin anda.
10. Ketahui Had Keupayaan Sendi Anda
Sesuatu yang biasa apabila anda
mengalami kesakitan pada otot selepas bersenam. Tetapi jika kesakitan itu
berlarutan lebih dari 48 jam, bermakna anda telah memberi tekanan berlebihan
kepada sendi-sendi anda. Jangan melakukan senaman berat dilain kali. Jika
dilakukan aktiviti tersebut berterusan walau dalam keadaan kesakitan ianya akan
menyebabkan kecederaan atau kerosakan.
No comments:
Post a Comment