Sunday, June 16, 2013

TIP UNTUK MENJAGA KESIHATAN SENDI (BHG.1)





1. Aktif Bergerak Megelakkan Sakit Sendi

Untuk mengekalkan sendi yang sihat anda haruslah memperbayakkan pergerakan pada sendi. Lebih bayak anda bergerak, sendi anda lebih mudak untuk pergerakan. Ssamada anda sedang membaca, bekerja atau menonton TV, kerap lakukan perubahan pada posisi badan. Ambil masa untuk rehat dengan cara berjalan-jalan apabila anda berada terlalu lama berada dihadapan computer  atau di meja anda.
 






2. Kesakitan Sendi dan Arthritis

Faktor usia atau kecederaan, menyebabkan bahagian rawan pada hujung sendi boleh rosak, mengakibatkan penyempitan ruang sendi antara dua tulang dan ianya akan menyebabkan hujung dua tulang ini bergesel dan menyebabka kesakitan.Ini boleh membawa kepada bengkak, ketegangan, dan mungkin osteoartritis, jenis arthritis yang paling biasa. Satu lagi jenis arthritis ialah rheumatoid arthritis, penyakit autoimun disebabkan oleh keradangan melampau.






3. Lindungi Badan dan Sendi Anda.

Kecederaan boleh merosakkan sendi. Melindungi sendi-sendi anda dari kecederaan sebegini selama kehidupan anda adalah sesuatu yang amat penting. Gunakan peralatan perlindungan seperti pelapik siku dan lutut ketika melakukan aktiviti yang ekstrem seperti skating. Jika anda memang mengalami kesakitan sendi, pertimbangkan untuk terus memakai alat penyokong ketika bermain tenis atau golf.







4. Berat Badan Yang Ideal Untuk Sendi Sihat

Kesakitan sendi? Kurang kan berat badan dan anda bermakna anda mengurangkan ketegangan dibahagian pinggang, lutut dan bahagian belakang. Pertambahan berat badan akan menambahkan beban pada bahagian sendi-sendi ini, meningkatkan risiko kerosakan pada bahagian rawan tulang. Pengurangan berat badan walau sedikit dapat membantu. Satu bahagian berat yang anda kurangkan, akan mengurangkan bebanan 4 kali ganda pada lutut anda.
 



























 

No comments: