Monday, August 27, 2012

GOUT - RAWATAN


"Hari ni serangan gout amat menyakitkan pada bahagian lutut aku. Bengkak pada bahagian belakang lutut dan bahagian buku lali. Nak menapak pun tak boleh, terpaksa papah untuk ke klinik. Nasib baik ada anak aku Aiman Hakim bantu walaupun baru berusia 8 tahun...Alhamdulillah....sampai juga ke klinik. Doktor nak injek voren tapi aku tak mahu sebab doktor perempuan lagipun aku alah pada Voren /Remarfen. Aku pilih ubat saja....Ubat yang diberi :
  1. Tahan Sakit - ARCOXIAetoricoxib, MSD) 120 mg, Tramada (Tramadol HCL 50 mg)
  2. Alahan - Prednisolone Tablet (Prednisolone 5 mg)
  3. Demam - COXAN (Paracetamol Tablets 500 mg)
*Kos Rawatan RM67.00 - mahal tu...


Rawatan untuk gout biasanya dilakukan pada dua peringkat yang berasingan.
• Pertama – rawatan ketika serangan gout, sakit, bengkak, kemerahan, dan radangan . Dirawat sehingga gejala hilang..
• Kedua - selepas keradangan telah reda, ubat-ubatan lain digunakan untuk mengurangkan paras asid urik di dalam darah dan mengurangkan kekerapan serangan masa depan. Kebanyakan doktor tidak memberikan ubat-ubatan ini sehingga beberapa hari / minggu selepas serangan gout.
Ubat untuk menurunkan paras asid urik tidak diberi sehingga serangan gout telah hilang / reda. Jika diberi ubat-ubatan semasa serangan gout, ianya boleh menyebabkan pergerakan asid urik ke bahagian lain dalam badan, yang boleh membuat serangan gout lebih teruk.
Rawatan perubatan jangka panjang bergantung kepada berapa tinggi tahap asid urik anda dan kemungkinan serangan gout yang lain. Secara umum, rawatan perubatan jangka panjang akan dapat membantu jika diketahui paras asid urik dan kekerapan serangan gout.

Semasa serangan gout
Anda sedang mengambil ubat untuk menurunkan paras asid urik dalam darah pada masa serangan, anda perlu terus mengambil ubat, walaupun semasa serangan.
Jika anda dinasihatkan untuk mengambil ubat untuk menurunkan paras asid urik (probenecid orallopurinol) tetapi tidak mengamalkannya, ia akan membawa kemungkinan serangan gout akan berlaku. Jangan mulakan mengambil ubat semasa serangan kerana ia akan menyebabkan asid urik ini dipindah di tempat lain melalui aliran darah anda. Memulakan ubat-ubatan semasa serangan gout boleh membuat serangan gout anda lebih teruk.
Ubat-ubat Pilihan
Rawatan perubatan untuk gout biasanya melibatkan beberapa gabungan:
rawatan jangka pendek, menggunakan ubat tahan sakit dan mengurangkan keradangan semasa serangan akut atau mencegah berulangnya serangan akut. Contohnya :
·         Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs)  kecuali aspirin, yang tidak boleh digunakan untuk melegakan kesakitan semasa serangan gout. Aspirin boleh menukar tahap asid urik di dalam darah dan boleh membuat serangan lebih teruk.
·         Colchicine, yang juga boleh digunakan untuk rawatan jangka panjang.
·         Corticosteroids, yang diberikan dalam bentuk pil dan bagi kes-kes gout yang tidak bertindak balas terhadap NSAID atau colchicines. Ianya juga diberikan kepada orang-orang yang tidak boleh mengambil NSAID atas sebab-sebab lain, seperti mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik, kegagalan jantung, pendarahan gastrousus atau mereka yang menggunakan pencair-darah, seperti warfarin.
rawatan jangka panjang menggunakan ubat untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah, ianya membantu mengurangkan kekerapan dan kesakitan serangan gout Contohnya:
·         Uricosuric agents ,meningkatkan penyingkiran asid urik melalui buah pinggang.
·         Xanthine oxidase inhibitors, untuk merencatkan penghasilan asid urik oleh badan.
·         Colchicine, untuk mengelakkan flare-up pada bulan-bulan pertama anda mengambil ubat untuk menurunkan paras asid uric..
Perkara lain yang anda perlu tahu
          Kelegaan daripada serangan gout berlaku dalam tempoh 24 jam selepas rawatan dimulakan.
          Semasa serangan gout, doktor akan menetapkan dos ubat maksimum yang digunakan untuk menghentikan serangan. Dos kemudian dikurangkan apabila serangan berkurang / hilang..
          NSAID selain daripada aspirin paling kerap digunakan untuk merawat serangan gout.
          Kebanyakan ubat-ubatan untuk menurunkan paras asid urik dalam darah mempunyai risiko, diagnosis yang tepat mengenai gout adalah perlu sebelum ia digunakan.
          Aspirin  tidak harus digunakan untuk melegakan kesakitan semasa serangan gout.
Antara  ubat-ubatan baru untuk merawat gejala-gejala gout.
 • Losartan adalah digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi (hipertensi), dan ia juga boleh menurunkan tahap asid urik.
Fenofibrate digunakan untuk mengawal kandungan lemak dalam darah (trigliserida dan LDL-kolesterol), ia juga boleh meningkatkan penyingkiran asid urik oleh buah pinggang.
Urate oxidase boleh menurunkan paras asid urik dengan cara menukar asid urik ke dalam bentuk molekul yang boleh diserap. Ubat ini sedang dinilai di Amerika Syarikat.
Y-700  ubat yang boleh mengurangkan jumlah asid urik badan. Ubat-ubat ini sedang dikaji dan digunakan bagi orang-orang yang tidak boleh mengambil allopurinol.

No comments: