1.
Jumpa doktor anda.
2.
Rehat. Tempat terbaik untuk anda semasa serangan gout adalah di atas katil.
3.
Letakkan ais pada sendi yang terjejas untuk mengurangkan keradangan.
4.
Tanggalkan kasut atau stoking atau apa-apa yang
menjadi bebanan kepada kaki anda. Bebanan ini hanya akan menambahkan kesakitan anda.

6.
Minum banyak air. Ia membantu mengeluarkan Kristal
uric asid dari badan anda yang menyebabkan gout.
7.
Ambil ubat OTC (OverThe Counter). NSAID selalu
digunakan untuk melegakan kesakitan. Ianya ubat terbaik bagi mereka yang tidak
mempunyai penyakit buah pinggang.
8.
Cuba steroid. Prednisone adalah steroid yang
digunakan untuk pesakit yang tidak boleh mengambil NSAID. Ia di ambil secara
oral dan dengan dos dikurangkan sehingga 10 hingga 14 hari. Jika di hospital
ianya diberikan secara intravena.
9.
Tanya doktor tentang ubat gout yang khusus. Colchincine
diambil secara oral untuk melegakan serangan gout akut. Ia berfungsi dengan
menyekat kristal asid urik yang masuk ke dalam sendi dan menyebabkan gout. Colchicine
biasanya berkesan jika diambil dalam tempoh 12 hingga 24 jam ketika serangan
gout.
Allopurinol (Zyloprim) boleh diberikan kepada mereka yang mengalami serangan
gout berulang, ia berfungsi merencat pembentukan asid urik. Probenecid
adalah ubat yang membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik.
10.
Bersabar. Penyakit itu dapat membantu
menghapuskan dosa. “Kadang-kadang nasihat yang terbaik adalah untuk bersabar
dan menunggu ia sembuh. Satu serangan gout biasanya hilang dalam masa beberapa
hari. Ambil ubat yang ditetapkan oleh doktor anda dan berehatlah di atas katil.
Anda akan sembuh tidak lama lagi,"
No comments:
Post a Comment